Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.[1] Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.
Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan
kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,[2]pasaran bebas[2] dan ketelusan sistem pemerintahan.[3] Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[4]
Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama.Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.[5]
Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat[6], yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah."[7]
Unsur-unsur
dan sejarah liberalisme
Perkataan liberal berasal daripada
perkataan Latinliber yang bermaksud bebas atau bukan hamba.Perkataan liberal
banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan.
Di dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus
Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk
Meditation menulis "...pendapat polisi pemerintahan yang
berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat
tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang
diperintah... ."Selepas kejatuhan Empayar
Roman, mendapat liberalisme tidak cergas
di sepanjang Zaman Kelam di Eropah.Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan
kembali semasa zaman Renaissance di Itali.Ia tercetus apabila pertelingkahan
berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan
penyokong-penyokong Paus. Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses
on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip
kerajaan republik di awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-17,
John Locke
mengarang England and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of
Man yang ditulis oleh Thomas
Paine pada tahun 1791.
Oxford
English Dictionary
menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa
Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati"
di dalam seni liberal.Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau
perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan
sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal
mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis,
toleransi" oleh Edward
Gibbon dan lain-lain.
Maksud "mengemari kebebasan dan
demokrasi" mula digunakan di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan
berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford English
Dictionary.Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam
bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan
gambar ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris
awal: "Kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan"[8]
Washington Crossing the Delaware
oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi Amerika Syarikat.
Perang Kemerdekaan Amerika menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu
perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina
dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Peranciscuba
menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith
di dalam The Wealth
of Nations (1776) pula mengambarkan
prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas.
Pengarang-pengarang Perlembagaan
Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin
adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik
sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan
mutlak monarki Sepanyol.
Bermula di akhir kurun ke-18,
liberalisme menjadi antara satu ideologi terpenting hampir di semua negara
maju.
Terdapat perbezaan pendapat yang
mendalam di dalam rangka liberalisme.Perbezaan pendapat ini selalunya membawa
kepada perdebatan yang hebat dan garang di antara ahli-ahli liberal.Daripada
perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa pergerakan di
dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang
bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan
kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan
perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza.
Di dalam artikel ini, "liberalisme
politik" akan digunakan untuk sokongan
terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja
berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme
budaya" untuk sokongan terhadap
kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di
atas dasar nationalisme atau agama; "liberalisme
ekonomik" untuk sokongan terhadap harta
peribadi and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap
harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme
sosial" di mana ia menunjukan
sokongan terhadap kesaksamaan and menentang ketidak samarataan peluang. Bagi
"liberalisme
moden" pula bermaksud campuran
bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini yang boleh ditemui di
negara-negara maju sekarang.
Terdapat beberap prinsip liberalisme
yang telah dipersetujui di kalangan liberal:
- Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.
- Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya yang bertajuk On Liberty:
“
|
"Pelindungan diri adalah
satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan masyarakat ke
atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang
benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu masyarakat
yang bertamadun daripada mengganggu [atau mencederakan] seseorang yang lain.
Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan
dia mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole
end for which mankind are warranted, individually or collectively, in
interfering with the liberty of action of any of their number, is
self-protection. That the only purpose for which power can be rightfully
exercised over any member of a civilized community, against his will, is to
prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a
sufficient warrant.")
|
”
|
Liberalisme budaya secara umumnya menentang
peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan,
seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran
kandungan, penggunaan pengawalan
pengandungan, kesakitan
muktamad, arak, ganja dan barang-barang
kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli
liberal menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang
mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari
segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.
Walaupun terdapat persetujuan,
sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang mendalam:
- Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan. Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas, neo-liberalisme dan liberalisasi.
- Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.
0 komentar:
Posting Komentar